BEIJING, 14 April – Pasukan pengaman kumpulan ke-27 China ke Republik Demokratik Congo menerima ‘Pingat Keamanan’ daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Majlis penganugerahan berlangsung di bandar Bukavu, wilayah Kivu Selatan pada Selasa.
Pasukan pengaman seramai 218 anggota itu ditempatkan bertugas di kawasan misi sejak September tahun lepas.