COLOMBO, 31 Mei – Thailand meluluskan polisi bebas visa selama 60 hari bagi warga Sri Lanka mulai 1 Jun, dalam usaha untuk menggalakkan pelancongan antara kedua-dua negara, kata Menteri Luar Sri Lanka Ali Sabry di sini pada Khamis.

Sabry memberitahu wartawan bahawa langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan Thailand juga termasuk tempoh penginapan yang lebih lama untuk pelajar dan skim visa semasa ketibaan, lapor Xinhua.

Thailand, dengan ekonominya bergantung kepada pelancongan, baru-baru ini telah meluluskan pelbagai promosi visa baharu untuk menarik lebih ramai pelancong, termasuk skim bebas visa dan visa semasa ketibaan serta penginapan lebih lama untuk pelajar, menurut media Thailand.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here