BEIJING, 4 Jun – Pemangku Menteri Luar Iran Ali Bagheri berkata hubungan antara Iran dengan Arab Saudi sedang berkembang ke arah yang betul. 

Beliau berkata demikian semasa dalam rangka lawatan ke Lubnan, pada Isnin. 

Ali berkata, sejak penyambungan semula hubungan diplomatik antara Iran dan Arab Saudi, kedua-dua negara telah mengambil langkah bersungguh-sungguh dan berkesan untuk menjalinkan kerjasama. 

Beliau menekankan bahawa kedua-dua Iran dan Arab Saudi mempunyai keinginan untuk mengukuhkan keselamatan dan kestabilan serantau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here