BEIJING, 4 Jun – Duta Israel ke Columbia digesa supaya keluar dari wilayah negara itu sebelum 30 Jun, sementara Duta Columbia pula akan ditarik balik sebelum tarikh sama, menurut kenyataan Kementerian Luar Columbia pada Isnin.

Pada 1 Mei lalu, Presiden Columbia Gustavo Petro mengumumkan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel bermula 2 Mei, sebagai tanda membantah tindakan genosid yang dilancarkan rejim Israel di kawasan Gaza. 

Surat rasmi berhubung perkara tersebut juga telah diserahkan kepada Duta Besar Israel di Columbia pada 2 Mei.

Walau bagaimanapun, jabatan konsul kedua-dua negara di Tel Aviv dan Bogota akan kekal berfungsi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here