YALA, 15 Jun – Tentera Thailand dan Malaysia mengukuhkan kerjasama pertahanan di semua peringkat bagi memerangi jenayah rentas sempadan.

Timbalan Komander Tentera Wilayah Keempat Thailand, Mejar Jeneral Phaisang Nusarn berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan tentera Malaysia dalam memerangi jenayah di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

Beliau menyatakan bahawa kedua-dua pihak bertukar maklumat risikan dan menjalankan rondaan operasi bersama di sepanjang sempadan.

“Dari segi pelbagai aspek pertahanan di sempadan negara kita masing-masing, kami mempunyai hubungan yang baik dengan tentera Malaysia,” katanya.

Phaisang berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan rasmi Duta-duta Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke selatan Thailand.

Sementara itu, bercakap mengenai keselamatan sempadan di Thailand menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha Isnin ini, Phaisang menyatakan bahawa pihaknya akan memperkukuh keselamatan sempadan.

Beliau juga memberi ingatan bahawa sebelum perayaan itu, keadaan trafik di sempadan Thailand adalah sesak.

“Kami akan memeriksa setiap kenderaan yang membawa barang ke Thailand sebagai langkah berjaga-jaga kerana terdapat kebimbangan mengenai penyeludupan barang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here