BRATISLAVA, 15 Jun – Peter Pellegrini, sekutu rapat Perdana Menteri populis sayap kiri, Robert Fico akan mengangkat sumpah sebagai presiden Slovakia pada Sabtu.

Pellegrini, 48, dijadualkan mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis di hadapan parlimen di Bratislava pada tengah hari.

Pellegrini memenangi pilihan raya penentuan pada April dengan 53.1 peratus undi, mengalahkan bekas menteri luar, Ivan Korcok.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2018 hingga 2020 dan sebagai speaker parlimen.

Penyandang jawatan, Zuzana Caputova, seorang peguam dan aktivis hak, tidak bertanding untuk penggal kedua selama lima tahun walaupun popularitinya sebagai presiden masih berterusan.

Parti Pellegrini, Voice – Social Democracy adalah sebahagian daripada gabungan pemerintah Slovakia yang dipimpin oleh Fico. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here