KUCHING, 3 Julai – Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sarawak akan diadakan hujung minggu ini dengan majlis bacaan doa dan perhimpunan.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha berkata sambutan akan bermula dengan majlis bacaan Doa Akhir Tahun 1445H dan Awal Tahun 1446H di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 5.30 petang Sabtu.

Beliau berkata pada hari Ahad pula Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah dijadualkan berlangsung di Dewan Hikmah Exchange di sini pada pukul 9 pagi, yang akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Abang Johari akan menyampaikan amanat pada hari berkenaan selain acara penyampaian anugerah sempena Maal Hijrah turut akan diadakan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, hari ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here