COLOMBO, 17 Julai – Kabinet Sri Lanka telah meluluskan cadangan untuk pelaksanaan dasar negara mengenai perubatan tradisional bagi tempoh antara 2024 dan 2034, kata jabatan penerangan kerajaan pada Selasa.

Jabatan itu berkata cadangan itu dikemukakan oleh Presiden Ranil Wickremesinghe, yang juga menteri kewangan, penstabilan ekonomi dan dasar negara.

Menurut jabatan itu, dasar berkenaan telah disediakan melalui perundingan luas dengan panel pakar.

Keperluan dasar perubatan tradisional telah timbul dalam arus utama dasar kesihatan negara untuk menyelesaikan isu semasa dalam penyediaan perkhidmatan dan untuk menawarkan sistem perubatan yang berkualiti dan kukuh kepada generasi masa depan melalui perlindungan sistem perubatan tradisional.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here