Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan menghadiri aktiviti kem musim panas “Love in the Sunshine” untuk kanak-kanak dari China dan Afrika, dan menyampaikan ucapan di Perpustakaan Beijing pada Jumaat.

Peng, yang juga duta muhibah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tuberkulosis dan HIV/AIDS, dan utusan khas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk kemajuan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, berkata bahawa China dan Afrika adalah rakan sejati. 

“China bukan sahaja komited untuk memastikan tumbesaran sihat kanak-kanak China, malah juga untuk menyumbang ‘kekuatan China’ untuk tumbesaran sihat kanak-kanak di Afrika,” kata Peng.

Selain itu, Peng juga bersama-sama kanak-kanak dari China dan Afrika melawat pameran budaya tradisional China, berbual-bual dengan mereka, serta mendengar taklimat oleh pasukan perubatan China mengenai cerita-cerita yang menyentuh hati sewaktu mereka bertugas di Afrika.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here