KUALA LUMPUR, 21 Julai – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengiringi keberangkatan pulang Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada Ahad.

Menurut hantaran di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan memandu sendiri Sultan Hassanal Bolkiah ke Pangkalan Udara Subang.

“KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha merupakan antara tetamu jemputan Diraja dari luar negara bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, yang berlangsung semalam (20 Julai),” menurut hantaran tersebut.

Turut hadir Menteri Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong Fahmi Fadzil.

Terdahulu, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here