PHNOM PENH, 21 Julai – Perdagangan Kemboja dengan negara anggota ASEAN mencecah US$7.96 bilion pada separuh pertama 2024, meningkat 11.6 peratus daripada US$7.13 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut laporan Kementerian Perdagangan pada Sabtu.

Menurut laporan itu, kerajaan Kemboja mengeksport produk bernilai US$2.68 bilion ke negara ASEAN lain dalam tempoh Januari-Jun tahun ini, meningkat lapan peratus daripada US$2.48 bilion dalam tempoh sama 2023.

Sementara itu, import negara dari negara ASEAN bernilai US$5.28 bilion, meningkat 13.5 peratus daripada US$4.65 bilion.

Laporan itu menyatakan bahawa jumlah perdagangan Kemboja dengan ASEAN menyumbang 30.2 peratus daripada jumlah perdagangan keseluruhan US$26.3 bilion pada separuh pertama tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here