BEIJING, 22 Julai – Pesawat O2361 milik SF Airlines yang membawa barang seberat 18 tan yang bernilai lebih RMB2 juta (RM1.2 juta) telah bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi, wilayah Xinjiang China dengan menuju ke Tbilisi, Georgia pagi semalam, menandakan bermulanya operasi laluan penerbangan pengangkutan kargo antara kedua-dua bandar tersebut.

Difahamkan bahawa laluan penerbangan itu beroperasi untuk kegunaan import-eksport barang-barang antara kedua-dua negara termasuk penghantaran ekspres e-niaga merentasi negara dan hasil pertanian yang bercirikan tempatan dari Xinjiang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here