FRANKFURT, 26 Julai – Kira-kira 140 penerbangan di lapangan terbang Frankfurt dibatalkan  akibat protes iklim, kata pengendali lapangan terbang itu pada Khamis.

Menurut Fraport, penumpang dijangka mengalami kelewatan sepanjang hari itu.

Sebanyak 1,400 penerbangan dijadual berlepas dari atau ke lapangan terbang itu pada Khamis.

Landasan itu dibuka semula untuk penerbangan pada 7.50 pagi (0550 GMT), hampir tiga jam selepas lapan individu menceroboh kawasan lapangan terbang dan melekatkan diri mereka pada landasan serta pagar.

Jurucakap Fraport mengecam protes itu dengan mengatakan bahawa “pelaku berdepan hukuman berat dan tuntutan sivil yang tinggi untuk ganti rugi.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here