Satu kenderaan penyiaran yang bernama “Merah China” milik Kumpulan Media China (CMG) yang dilengkapi peralatan ultra definisi 8K telah siap dipasang baik dari segi perkakasan mahupun dari segi perisian di Stadium Perancis di Paris pada Khamis, lalu diserahkan kepada satu kumpulan pembuat program untuk kegunaan rasmi. 

Ini merupakan kali kedua “Merah China” menyediakan jaminan penyiaran kepada Syarikat Perkhidmatan Penyiaran Olimpik (OBS) di seberang laut selepas berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, dan juga julung kalinya diberi mandat untuk penghasilan signal awam 8K bagi Sukan Olimpik Musim Panas.

Kenderaan penyiaran 8K “Merah China” yang diselidik dan dibangunkan serta direka bentuk oleh Makmal Teknologi Ultra Definisi Kebangsaan di bawah kendalian CMG, merupakan sistem penyiaran di premis luar yang berfungsi paling hebat dan paling fleksibel di dunia pada masa ini. 

Pejabat bergerak yang panjangnya 17 meter dan lebarnya boleh diperluas hingga 6 meter secara maksimum itu, dilengkapi studio video, audio, media baharu dan lain sebagainya, dan sebanyak 60 saluran signal boleh ditangani secara serentak di 6 zon kerja yang kesemuanya boleh dilengkapi 40 pekerja secara maksimum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here