Kumpulan Media China (CMG) dan Grup Mediapro Sepanyol memeterai memorandum kerjasama (MoC) bagi mempergiat kolaborasi dalam bidang perkongsian sumber media, penerbitan program audio-visual serta inovasi dan aplikasi teknologi baharu.

Presiden CMG Shen Haixiong bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grup Mediapro Tatxo Benet menurunkan tandatangan pada dokumen berkenaan dalam satu majlis yang berlangsung di Barcelona pada Sabtu.

MoC itu akan membolehkan kedua-dua pihak menggerakkan kerjasama di peringkat global, mengukuhkan kolaborasi dalam industri sukan dan lain-lain, di samping bersinergi memperluas pasaran komunikasi dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.

Ditubuhkan pada 1994, Grup Mediapro yang berpangkalan di Barcelona merupakan antara kumpulan media paling berpengaruh di Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here