BEIJING, 11 Ogos – Perdana Menteri Republik Fiji Sitiveni L. Rabuka akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 12 hingga 21 Ogos ini, atas undangan rakan sejawatnya Li Qiang.

Jurucakap Kementerian Luar China berkata, sempena lawatan Perdana Menteri Fiji itu, pemimpin kedua-dua negara akan bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan dua hala dan isu-isu lain yang menjadi perhatian bersama. 

Jurucakap itu menekankan bahawa China bersedia mengambil peluang daripada lawatan Rabuka kali ini untuk meningkatkan perkongsian strategik komprehensif China-Fiji yang saling menghormati dan membangun bersama ke satu tahap baharu, selain berganding bahu dengan Fiji untuk membina komuniti berkongsi nasib China-negara-negara kepulauan Pasifik yang lebih erat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here