Mesyuarat kabinet diadakan untuk kali pertama di Nusantara, ibu negara baharu Indonesia, dipengerusikan Presiden Joko Widodo (Jokowi) pada Isnin.

Difahamkan, Jokowi telah memulakan tugasnya di pejabat baharu di Nusantara dua minggu lepas.

Menurut maklumat kerajaan Indonesia, beberapa aktiviti penting akan diadakan di ibu negara baharu itu. Antaranya majlis sambutan ulang tahun ke-79 kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos, dan majlis angkat sumpah Presiden terpilih Prabowo Subianto pada 20 Oktober.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here