NEW DELHI, 18 Ogos – Afghanistan menandatangani perjanjian bernilai US$2.5 bilion dengan Uzbekistan semasa lawatan Perdana Menteri Uzbekistan Abdullah Aripov ke Kabul.

Kedua-dua negara memeterai 12 perjanjian pelaburan bernilai US$1.4 bilion dan 23 perjanjian perdagangan bernilai US$1.1 bilion pada Sabtu, kata pegawai kerajaan Afghanistan.

Aripov dan Timbalan Perdana Menteri Afghanistan bagi Hal Ehwal Ekonomi Mullah Abdul Ghani Baradar Akhund merasmikan pameran perdagangan yang melibatkan penyertaan wakil sektor swasta kedua-dua negara pada Sabtu.

Acara tiga hari di Pusat Pameran Antarabangsa Afghanistan itu menampilkan produk Uzbekistan seperti trak bomba, traktor, bas, dan pelbagai barangan perindustrian.

Pertanian, ternakan, pengangkutan, penerbangan, perlombongan dan petroleum adalah antara bidang yang menjadi tumpuan Afghanistan dan Uzbekistan dalam usaha untuk memperluas hubungan ekonomi mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here