KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar menarik pelaburan hijau bernilai RM300 bilion menjelang 2030 untuk mencapai komitmen pelepasan karbon sifar bersih Malaysia.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata antara 2017 dan 2023, Malaysia mencapai pelaburan hijau yang direalisasikan berjumlah kira-kira RM40 bilion.

“Menerusi Strategi Pelaburan Hijau (GIS), kita merancang untuk meningkatkan jumlah itu kepada RM300 bilion menjelang 2030. Itu adalah sasaran yang sangat agresif tetapi itulah sasaran yang perlu kita capai.

“Ini adalah peningkatan 7.5 kali ganda yang kita perlukan, dan ia selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yang menyasar untuk mencapai RM300 bilion dalam dekad akan datang agar kita boleh mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050,” katanya pada sidang media mengenai pengumuman GIS itu, di sini, Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here