Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, To Lam di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.

Xi menyatakan bahawa To Lam memilih China sebagai negara pertama dalam jadual lawatannya selepas dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Partik Komunis Vietnam (PKV), mencerminkan beliau mengutamakan hubungan PKV dengan PKC dan hubungan kedua-dua negara. Sebagai dua parti Komunis pemerintah di dunia, PKC dan PKV diharap mengekalkan visi dan misi, mewarisi persahabatan tradisional, mempertahankan pimpinan parti Komunis dan sistem sosialis, terus memperkasakan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam yang membawa makna strategik, dan sinergi menggerakkan perkembangan sistem sosialis dalam senario global. 

Xi yakin kedua-dua pihak boleh merintis jalan yang semakin luas dalam memacu pembangunan.   

To Lam pula berkata, beliau dan pegawai-pegawai lain dalam pucuk pimpinan Vietnam sangat mahu bersama dengan Presiden Xi dan pemimpin China yang lain terus memupuk persahabatan tradisional, memperkasakan dan mempertingkat lagi perkongsian kerjasama strategik komprehensif. Setiap langkah China membabitkan pembangunan sudah dalam perhatianVietnam yang selaku komrad dan saudara. 

“Kami menekankan lagi, Vietnam konsisten dalam mengamalkan dasar satu-China, dan beranggapan bahawa Taiwan adalah sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan,” kata To Lam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here