URUMQI, 20 Ogos – Laluan baharu kargo udara antara Urumqi, wilayah autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China dan Bournemouth di Britain dibuka secara rasmi pada Isnin.

Menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi Diwopu, perkhidmatan kargo akan beroperasi sebanyak empat kali seminggu, dengan setiap perjalanan mengambil masa 10 jam.

Lapangan terbang itu membuka lapan laluan pengangkutan kargo antarabangsa yang menuju ke lapan negara termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Georgia, Hungary dan Britain.

Melalui perkhidmatan kargo ini, Xinjiang mengimport barangan seperti susu unta, pakaian, kasut serta mengeksport bunga segar, ubat-ubatan dan pakaian, antara lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here