DUBAI, 25 Ogos – Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu mengumumkan bahawa ia berjaya memainkan peranan sebagai orang tengah dalam pertukaran tawanan antara Rusia dan Ukraine, yang menyaksikan pembebasan 230 orang dari kedua-dua belah pihak.

Kementerian Luar UAE dalam satu kenyataan di laman sesawangnya berkata bahawa pertukaran terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan tawanan yang ditukar melalui perantaraan  UAE kepada 1,788 orang.

Pertukaran terkini yang berlaku selepas operasi serupa kira-kira sebulan yang lepas, adalah yang ketujuh seumpamanya sejak awal tahun 2024, menurut kementerian itu.

Pada Disember 2022, UAE juga memudah cara pertukaran dua tawanan antara Amerika Syarikat dan Rusia.

Dalam kenyataan itu, kementerian berkenaan menegaskan komitmen UAE untuk menyokong semua inisiatif bertujuan mencapai penyelesaian aman terhadap konflik Rusia dan Ukraine.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here