Teknologi China banyak membantu Fuji merungkai kesukaran dihadapi dalam aktiviti pengeluaran pertanian akibat perubahan iklim, kata Perdana Menteri Republik Fiji Sitiveni Rabuka.

Rabuka berkata perubahan iklim global membawa risiko besar kepada negara-negara di Lautan Pasifik termasuk Fiji.

“Pesisir pantai Fiji sekarang dihakis teruk dan kenaikan paras laut turut mendatangkan ancaman kepada banyak kampung.

“Kami sedang melaksanakan rancangan pemindahan kampung untuk memindahkan penduduk ke kawasan pergunungan yang lebih tinggi,” kata Rabuka dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Menurutnya, China telah menyediakan spesies padi dan tebu yang boleh hidup di tanah yang dihakis air laut.

“Kami tidak perlu memindahkan tebu ke lereng gunung dan boleh terus menanamnya di lokasi asal,” kata beliau.

Menyentuh mengenai amalan sesetengah pihak yang menghasut perlawanan sesama blok, Rabuka menegaskan semua pihak perlu memahami perbezaan dan menangani percanggahan dengan baik.

Rabuka melihat Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai yang ditegakkan China selaras dengan visi ‘Laut Damai’ yang dikemukakan beliau, termasuk tidak boleh mengugut dengan menggunakan senjata atau tindakan kekerasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here