Presiden China Xi Jinping mahu usaha dilakukan sedaya upaya untuk memastikan pembaharuan diperkasakan di negara ini.

Beliau membuat penekanan tersebut ketika mempengerusikan sidang keenam Jawatankuasa Pusat bagi Pemerkasaan Pembaharuan Secara Komprehensif, di Beijing pada Khamis. 

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat berkata, kerja memperkasakan pembaharuan secara komprehensif mempunyai asas yang kukuh dan syarat yang baik di negara ini.  

“Kita mesti membuka minda, mencari kebenaran dari fakta, maju selari dengan perkembangan zaman, dan mengambil langkah realistik dan pragmatik,” kata beliau. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here