Majalah Qiushi yang diterbitkan hari ini menyiarkan artikel penting oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping mengenai pemupukan pembina dan pewaris Sosialisme yang cemerlang dari segi moral, intelek, fizikal, estatika dan kemahiran kerja.

Xi yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat dalam artikel itu berkata, pihak-pihak berkaitan perlu berusaha membina sistem pendidikan komprehensif yang meliputi moral, intelek, fizikal, estatika dan kemahiran kerja, demi mewujudkan sistem pendidikan tenaga profesional yang bertaraf lebih tinggi. 

Sementara itu, menurut Xi, pembinaan moral dan pemupukan bakat perlu dilaksanakan dalam seluruh pendidikan seperti pendidikan minda dan moral, pendidikan kebudayaan dan ilmiah, dan latihan di masyarakat. Di samping itu, ia juga perlu diberi keutamaan dalam pendidikan sepanjang proses dari peringkat asas, vokasional hingga ke peringkat tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here