Satu tinjauan pendapat umum membabitkan warga Afrika menunjukkan 90.4 peratus responden berpendapat praktik serta prinsip kerjasama China-Afrika menjadi teladan kepada kerjasama negara membangun dalam urusan antarabangsa, sekali gus menyediakan cadangan penting untuk pembaharuan sistem tadbir urus global.

Tinjauan yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) bersama Universiti Renmin China itu turut mendapati 81.7 peratus responden menganggap China sentiasa menghormati dan menyokong Afrika, sementara rakyat kedua-dua pihak sentiasa berganding bahu dan bantu-membantu.

Sebanyak 80.9 peratus responden menyanjung China menjadikan pemerkasaan solidariti dan kolaborasi dengan Afrika sebagai asas penting dasar luarnya.

Di samping itu, 86.3 peratus responden menghargai prinsip jujur, benar berhasil, muhibah dan ikhlas yang diamalkan China ketika menjalankan kerjasama dengan Afrika.

Tinjauan pendapat itu menarik penyertaan 10,125 responden dari 10 negara Afrika termasuk Cameroon, Botswana, Mesir, Ethiopia, Ghana dan sebagainya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here