SEPANG, 2 Sept — Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula menjelang 31 Jan 2025, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. 

Beliau berkata dua set Aerotrain telah tiba minggu lepas, dan kini sedang memasuki fasa pemasangan sebelum seterusnya kepada fasa pemeriksaan. 

“Fasa ini sudah tentu mengambil masa kira-kira empat bulan dan jika semuanya berjalan lancar, kita dijangka mula beroperasi pada 31 Januari tahun depan,” katanya selepas meninjau dan memeriksa Aerotrain baharu di Terminal 1 KLIA di sini hari ini. 

Menurutnya pemeriksaan dinamik akan dimulakan pada Oktober ini, dengan Aerotrain akan diuji menggunakan trek sebenar serta melakukan perkhidmatan berulang-alik.

“Sehubungan itu, saya ingin menjelaskan kepada penumpang dan orang ramai supaya sekiranya melihat Aerotrain beroperasi, ia adalah ujian untuk memastikan kesemuanya berjalan lancar,” katanya. 

Loke berkata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) perlu melaksanakan pemantauan rapi dan memastikan semua proses serta ujian dijalankan dengan baik supaya tidak ada lagi kelewatan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here