Paris, 2 Sept — Kontinjen Malaysia akhirnya memperoleh pingat emas pertama di Sukan Paralimpik Paris 2024 menerusi jaguh badminton para negara Cheah Leik Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di sini hari ini.

Pada aksi final berlangsung di Porte de La Chapelle Arena di sini, Liek Hou membuktikan status selaku pilihan utama di Paris 2024 dengan menewaskan wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam masa 42 minit, sekali gus mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Tokyo 2020.

Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Paralimpik, sekali gus meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024. Liek Hou menepati status pilihan utama di Paris 2024 dengan menewaskan Suryo Nugroho dari Indonesia 21-13, 21-15 dalam tempoh 42 minit di Arena Porte de La Chapelle.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here