PUTRAJAYA,  8 Nov — Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dipinda ke 22 Feb tahun depan, umum Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin hari ini.

Beliau turut mengumumkan tarikh baharu bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dianjak ke 8 Mac 2021.

Katanya, perincian mengenai semua peperiksaan awam itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Dr Mohd Radzi berkata bagi membantu calon peperiksaan awam membuat persediaan secukupnya sebelum menduduki peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula pada 20 Jan tahun depan.

“KPM berharap ruang yang ada ini dapat memberi manfaat kepada calon terkesan dengan penutupan sekolah,” katanya pada sidang media Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Serta Peperiksaan Awam Tahun 2020 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri I Datuk Dr Mah Hang Soon, Timbalan Menteri II Muslimin Yahaya dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dr Habibah Abdul Rahim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here