HAIKOU, 5 Sept – Wilayah Hainan pada Rabu mengumumkan sebahagian perkhidmatan feri pesisir pantai dihentikan buat sementara waktu sebagai tindak balas kecemasan yang dipertingkatkan terhadap Taufan Yagi.

Menurut perkhidmatan meteorologi wilayah, Taufan Yagi kini bergerak menuju ke wilayah itu dengan kelajuan angin sehingga 126 kilometer sejam.

Yagi dijangka melanda bandar Qionghai di Hainan dan daerah Dianbai di bandar Maoming, Wilayah Guangdong, selatan China pada Jumaat.

Hainan meningkatkan tahap tindak balas kecemasan bagi taufan daripada Tahap IV kepada Tahap III pada Rabu.

Wilayah itu merancang untuk menggantung perkhidmatan feri merentasi Selat Qiongzhou mulai Khamis serta perkhidmatan kereta api penumpang di pulau itu bermula Khamis hingga Sabtu, menurut jabatan pengangkutan wilayah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here