WASHINGTON,9 Nov: Amerika Syarikat menjadi negara pertama di dunia mencatatkan lebih 10 juta kes Covid-19 sewaktu gelombang ke-3 pandemik Covid-19 berleluasa di negara itu, menurut kiraan Reuters.

Perkembangan itu berlaku pada hari yang sama apabila kes Covid-19 di seluruh dunia mencecah 50 juta.

AS melaporkan sekitar 1 juta kes Covid-19 dalam 10 hari lalu dan ia kadar jangkitan yang tertinggi sejak negara berkenaan melaporkan kes pertama di negeri Washington kira-kira 293 hari lalu.

AS melaporkan 131,420 kes Covid-19 pada Sabtu, yang mencecah rekod kes harian, dan mencatatkan lebih 100,000 kes jangkitan harian sebanyak 4 kali dalam 7 hari lepas, menurut kiraan Reuters.

Ia melaporkan sebanyak 105,600 kes harian dalam purata selama 7 hari, yang merupakan peningkatan sebanyak 29%, dan lebih daripada gabungan purata bagi India dan Perancis, 2 negara yang paling terkesan dengan wabak di Asia dan Eropah.

Lebih 237,000 rakyat AS meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Purata harian bagi kes kematian dalam AS mencapai 1 daripada 11 yang dilaporkan di seluruh dunia setiap hari, menurut analisis Reuters.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here