Kumpulan kerja perniagaan dan perdagangan China-Amerika Syarikat (AS) mengadakan mesyuarat peringkat naib menteri kali kedua di Tianjin pada Sabtu.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Naib Menteri Perdagangan China yang juga wakil perunding perdagangan antarabangsa, Wang Shouwen dan Setiausaha Rendah bagi Perdagangan Antarabangsa, Jabatan Perdagangan AS, Marisa Lago.

Antara perkara yang dipersetujui kedua-dua pihak ialah menyediakan sokongan diperlukan satu sama lain untuk penganjuran aktiviti promosi dagangan dan pelaburan, serta mengekalkan komunikasi dalam bidang aliran data rentas sempadan, pemeriksaan dan kuarantin, perubatan dan kesihatan wanita, peralatan perubatan, tenaga bersih dan sebagainya.

Selain terus mempergiat program pemadanan perniagaan syarikat China dan AS, kedua-dua pihak sepakat meningkatkan kolaborasi di bawah mekanisme seperti Kumpulan 20 (G20) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here