KUALA LUMPUR, 12 Sept – Pameran Kebudayaan Islam China 2024 membuka tirainya di sini, pada Selasa.

Bertemakan “Pempelajaran antara Peradaban untuk Kemakmuran Bersama”, pameran itu disertai kira-kira 300 wakil dari China dan Malaysia.

Naib Presiden Pertubuhan Persahabatan Seberang Laut China (COFA) Chen Xiaojiang ketika berucap pada majlis perasmian itu berkata persahabatan antara China dan Malaysia telah terjalin sejak zaman dahulu manakala pertukaran dan kerjasama dalam kalangan masyarakat Islam kedua-dua negara semakin erat.

“Penganjuran bersama pameran budaya Islam China ini adalah hadiah istimewa sebagai tanda persahabatan antara kedua-dua negara.

“Saya percaya pameran ini dapat mengeratkan lagi persahabatan tradisional antara rakyat kedua-dua negara, meningkatkan persefahaman dan rasa saling percaya, sekali gus mengintensifkan pertukaran dan pembelajaran antara tamadun China dan tamadun Islam,” kata Chen.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Presiden Persatuan Islam China Yang Faming, Presiden Persatuan Muslim Cina Malaysia (MACMA) Prof Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan lain-lain.

Dianjurkan bersama oleh Persatuan Islam China dan MACMA, pameran itu menampilkan kehidupan masyarakat Islam di China dan sejarah pertukaran lawatan Muslim antara kedua-dua negara melalui pamaren foto, barang, karya kaligrafi China dan Arab, lukisan, serta pembacaan Al-Quran, tayangan video, persembahan kesenian dan lain-lain.

Pameran itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dari 10 hingga 12 September.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here