Presiden China, Xi Jinping melakukan tinjauan di bandar Baoji, provinsi Shaanxi dan bandar Tianshui, provinsi Gansu dari Selasa hingga Rabu.

Semasa berada di bandar Baoji, Xi melawat Muzium Barangan Gangsa Baoji dan Taman Ekologi Sungai Weihe untuk mengetahui tentang usaha tempatan untuk meningkatkan perlindungan dan penggunaan hasil peninggalan sejarah serta pemuliharaan ekologi Sungai Weihe.

Seterusnya, Xi juga mendapat maklumat tentang perlindungan dan pemeliharaan warisan budaya dan perkembangan terkini industri buah-buahan bercirikan tempatan di kawasan pergunungan ketika meninjau di Kuil Fuxi, satu kawasan jelapang epal di kampung Huaniu dan Gua Batu Maijishan di bandar Tianshui.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here