Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-21 akan dirasmikan di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada 24 Sept, dan Malaysia akan menjadi negara tema. 

Bertemakan penggalakan pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN versi 3.0 dan pertumbuhan berkualiti tinggi serantau, CAEXPO edisi ini akan berlangsung sehingga 28 Sept.

Disertai hampir 3,000 syarikat tempatan dan asing, ekspo kali ini menyediakan ruang pameran seluas 200,000 meter persegi.

Selain pameran utama, beberapa sesi politik, perniagaan, ekonomi dan perdagangan juga akan diadakan.

Untuk julung-julung kalinya, Program Pertumbuhan Pemimpin Belia ASEAN-China akan dilancarkan untuk mempromosikan “Projek Masa Depan” pertukaran dan pembelajaran dalam golongan belia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here