VIENTIANE, 13 Sept – Kementerian Keselamatan Awam Laos menganjurkan sesi latihan bagi pegawai polis trafik demi memastikan keselamatan ketat semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta mesyuarat berkaitan.

Seramai 180 pegawai menyertai latihan yang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane dari 10 hingga 15 Sept.

Latihan itu bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di laluan yang menuju ke lokasi mesyuarat, tempat penginapan, kedutaan, pejabat, dan kawasan-kawasan lain, agar para delegasi dapat melakukan perjalanan dengan selesa.

Latihan itu memberi tumpuan kepada persiapan pegawai untuk menyelaras dengan pihak berkaitan sekiranya berlaku kemalangan dan halangan jalan raya.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 dijadual berlangsung di Vientiane, pada Oktober.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here