Forum Kemuncak Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ke-9 melabuh tirainya di Hong Kong pada Khamis, setelah menyaksikan penandatanganan 25 buah memorandum kerjasama.

Empat dari 25 dokumen kerjasama tersebut, merupakan kerjasama antara kerajaan dan bakinya mengenai kerjasama perniagaan dan perdagangan yang melibatkan agensi kerajaan dan perusahaan dari Malaysia, Indonesia, Vietnam, Bahrain, Kuwait dan Kazakhstan.

Menurut maklumat lain, mengembangkan urus niaga yang mesra alam melalui platform Hong Kong buat pertama kalinya dijadikan topik perbincangan khas dalam kalangan peserta. Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC) memaklumkan bahawa Hong Kong yang sudah menyaksikan perkembangan pesat dalam bidang kewangan hijau pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan pendanaan hijau yang semakin bertambah, sudah berpotensi untuk berkembang menjadi hab sains teknologi hijau serta kewangan hijau yang bertaraf dunia.

Sebanyak lebih 280 buah projek pelaburan yang dipamerkan dalam forum kali ini, merangkumi sektor sumber tenaga, inovasi sains dan teknologi, pembangunan bandar, pengangkutan dan infrastruktur logistik. Selain itu, lebih 800 sesi perbincangan yang terkait dengan projek-projek tersebut telah diadakan menurut permintaan sektor korporat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here