ROME, 22 Sept – Itali mengisytiharkan darurat ke atas  dua wilayah di utara negara itu pada Sabtu selepas beberapa hari hujan lebat.

Kerajaan pimpinan sayap kanan Perdana Menteri Giorgia Meloni turut menyediakan bantuan kecemasan sebanyak €20 juta (kira-kira US$22 juta) kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche.

Hujan lebat telah menyebabkan banyak jalan di kedua-dua wilayah itu ditenggelami air. Secara keseluruhan, lebih 2,500 orang terpaksa dipindahkan daripada kediaman mereka. Beberapa bandar, termasuk Bologna, Modena dan Ravenna turut terjejas, begitu juga pusat peranginan pantai Rimini di pantai Adriatik.

Sementara itu, terdapat pertikaman lidah antara Rome dan kerajaan wilayah yang terjejas banjir. Nello Musumeci, menteri sayap kanan bagi Perlindungan Awam mendakwa pentadbiran sosial demokrat Emilia-Romagna tidak menggunakan wang yang sudah disediakan dengan betul.

“Sesuatu yang tidak betul. Banjir besar seperti ini tidak boleh terus berlaku di Emilia-Romagna,” kata menteri itu.

Cuaca buruk tahun lepas menyebabkan 17 orang maut dan kerosakan material yang bernilai berbilion euro.

Sebaliknya, pihak Sosial Demokrat menolak tuduhan menteri itu sebagai muslihat politik menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada November di Emilia-Romagna, satu daripada wilayah terkaya dan secara tradisionalnya  paling condong ke kiri di Itali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here