Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayak­e yang memulakan tugas sebagai Presiden Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka pada Isnin.

Xi menyatakan sejak ikatan diplomatik dijalin 67 tahun lalu, China dan Sri Lanka sentiasa saling memahami dan saling menyokong sehingga menjadi teladan hubungan persahabatan serta kerjasama saling untung antara negara besar dan negara kecil.

Beliau meluahkan hasrat ingin bersama Presiden Dissanayak­e untuk meneruskan persahabatan tradisional dan memperkukuh kesalingpercayaan politik, di samping menggerakkan kolaborasi berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ke arah membuahkan lebih banyak hasil demi limpahan manfaat buat rakyat dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here