HELSINKI, 24 Sept – Zoo Ahtari Finland pada Isnin mengumumkan bahawa dua panda gergasi yang tinggal di zoo itu akan dihantar pulang ke China akhir tahun ini.

Panda-panda itu telah tinggal di zoo berkenaan sejak 2018, sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelidikan selama 15 tahun untuk pemuliharaan spesies.

Namun, zoo terbabit berdepan masalah kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menurut laporan media tempatan.

Pengerusi lembaga pengarah zoo, Risto Sivonen berkata bahawa sumber kewangan mereka tidak mencukupi untuk terus menyokong program pemuliharaan unik ini.

Pihak zoo turut menyatakan hasrat untuk menjalankan penstrukturan semula hutang pada Isnin.

Ahtari terletak di barat tengah Finland dan zoo itu merupakan tarikan utama bandar kecil berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here