Selaku wakil khas Presiden Xi Jinping, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar Wang Yi hadir menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Masa Depan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Isnin.

Wang turut menghuraikan saranan China ke arah membina masa depan lebih indah yang aman dan tenteram, maju dan makmur serta adil dan saksama.

Menurut beliau, semua negara harus menegakkan konsep keselamatan yang komprehensif, bersifat bekerjasama dan mampan, selain merungkai pertikaian melalui dialog, menangani perbezaan pendapat melalui perundingan dan memantapkan keselamatan melalui kerjasama. 

Wang menekankan perlunya semua negara berkongsi peluang pembangunan dan mengejar kerjasama menang-menang. 

Dalam pada itu, falsafah pembangunan berpaksikan rakyat perlu menjadi pegangan di samping menggalakkan globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua supaya rakyat dapat menikmati hasil pembangunan.

Usaha juga perlu dilakukan untuk menggalakkan multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur, menentang amalan hegemoni seperti sekatan unilateral, dan menjaga hak dan kepentingan sah negara membangun. 

Beliau berkata China menyokong PBB memainkan peranan sebagai saluran utama dalam tadbir urus kecerdasan buatan (AI) dan akan mengetengahkan satu pelan pembinaan keupayaan AI yang membawa manfaat kepada semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here