Sesi khas aktiviti budaya ‘Written in the Sky: My China Story’ diadakan dengan jayanya di Canberra, Australia pada Isnin.

Aktiviti anjuran Kumpulan Media China (CMG) itu dilancar sebagai meraikan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China (PRC).

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan berbentuk video berkata aktiviti berkenaan menarik ramai peserta dari lebih 60 buah negara berkongsi kisah mereka berkaitan China menerusi surat.

Hasil tulisan yang berbeza menyampaikan emosi yang sama iaitu menterjemah aspirasi rakyat dunia terhadap keamanan dan keindahan serta memperlihatkan keakraban ikatan persahabatan yang dijalin sesama rakyat, kata Shen.

Menurut beliau, pihaknya akan menggalas tanggungjawab untuk mempertingkat pertukaran sosiobudaya antarabangsa, menggerakkan dialog sesama tamadun di peringkat global dan mengukuhkan persefahaman sesama rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here