Sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-79, “UN Insider”, satu siri program mingguan arahan Kumpulan Media China (CMG) disiarkan menerusi televisyen PBB (UNTV) secara berkala.

Siaran edisi 28 Sept siri program tersebut yang bertajuk “Written in the Sky: UN”, mengandungi klip video tentang ucapan yang disampaikan Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Pusat China yang juga Presiden CMG, Shen Haixiong dan Wakil Tetap China di PBB, Fu Cong. 

Shen dalam ucapan video itu berkata, pihaknya akan terus membuat usaha dalam merancakkan interaksi sosiobudaya antarabangsa, mendorong dialog antara tamadun yang berbeza dalam senario global, meningkatkan kebersamaan dan persefahaman dalam kalangan rakyat, berturut-turut menyajikan program audio dan visual yang berkualiti demi kemaslahatan rakyat, menceritakan yang berbudi bahasa dalam kebudayaan China, dan merakamkan setiap saat dalam pewarisan tamadun manusia supaya dapat menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Sementara itu, sejumlah pegawai peringkat tinggi PBB termasuk Naib Setiausaha Agung dan diplomat asing telah mengucapkan tahniah atas ulang tahun Ke-75 Republik Rakyat China di samping menyanjung tinggi pencapaian yang dilakar China dalam pembangunan domestiknya serta peranan peneraju yang dimainkan China dalam tata kelola global. Mereka juga memuji CMG yang memainkan peranan penting dalam membantu penonton global mendapat pendedahan yang terperinci tentang PBB, dan mendorong interaksi serta kerjasama dalam kalangan rakyat pelbagai negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here