BANGKOK, 30 Sept – Seramai 600 pemandu pengangkutan awam di Bangkok, Chiang Mai dan Phuket dipilih untuk mengikuti latihan bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan Thailand, bertujuan meningkatkan kemahiran kakitangan dalam sektor pelancongan.

Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan, Jaturon Phakdeewanit berkata program pembangunan kemahiran bahasa Inggeris dirangka untuk meningkatkan keupayaan kakitangan pelancongan, khususnya pemandu pengangkutan awam yang memainkan peranan penting dalam membawa pelancong ke destinasi pilihan mereka.

“Jika pemandu pengangkutan awam boleh berkomunikasi secara berkesan dengan pelancong antarabangsa, ia akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, mewujudkan  tanggapan positif dan memberi pengalaman yang lebih baik kepada pelancong.

“Sebagai pihak yang sering menjadi orang pertama bertemu dengan pelancong asing, kemampuan mereka untuk berkomunikasi adalah sangat penting,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris pemandu, membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih tepat dan seterusnya meningkatkan taraf perkhidmatan kepada pelancong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here