MOSCOW, 5 Okt – Presiden Mauritius telah membubarkan parlimen dan menjadualkan pilihan raya baharu pada 10 November susulan negara pulau itu memperoleh kedaulatan ke atas Kepulauan Chagos.

Pada Khamis, Kerajaan United kingdom (UK) mengumumkan bahawa ia menyerahkan kedaulatan ke atas Kepulauan Chagos, jajahan terakhirnya di Afrika, kepada Mauritius. Dalam kenyataan bersama, kedua-dua negara berkata rundingan perjanjian itu mengambil masa dua tahun dan dimudah cara  oleh India dan Amerika Syarikat (AS).

“Presiden Republik … telah menetapkan 22 Oktober sebagai hari penamaan calon dan 10 November sebagai hari mengundi,” kata Pejabat Presiden Mauritius dalam satu kenyataan yang dipetik laman sesawang Le Mauricien.

UK menubuhkan pemerintahan kolonial ke atas Mauritius dan Kepulauan Chagos pada 1845. Mauritius mencapai kemerdekaan pada 1968, tetapi Chagos kekal sebagai Wilayah Luar Negara British di Lautan Hindi.

Pada 1966, London memberikan pajakan selama 50 tahun kepada AS bagi pulau terbesar di Chagos, Diego Garcia, untuk digunakan sebagai pangkalan tentera. Pada 2016, pajakan itu dilanjutkan sehingga 2036.

Mauritius selama beberapa dekad mencabar kedaulatan UK ke atas Kepulauan Chagos, namun pada 2019, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  menerima pakai resolusi yang mengarahkan UK menyerahkan kepulauan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here