Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 membuka tirai di Vientiane, Laos pagi tadi. 

Sidang kemuncak yang bertemakan “Mempertingkat Kesalinghubungan dan Daya Tahan” tersebut akan berlangsung selama tiga hari iaitu sehingga 11 Oktober, dengan memberikan tumpuan kepada keperluan negara-negara ASEAN untuk meningkatkan kesalinghubungan serantau serta daya tahan ekonomi dan memperkasa kerjasama.

Negara-negara ASEAN akan mengadakan sejumlah sidang pleno serta sidang dua hala dan sidang pelbagai hala dengan pelbagai negara rakan dialog termasuk China dan Amerika Syarikat, antaranya termasuk sesi ke-27 Mesyuarat Pemimpin ASEAN-China (10+1), sesi ke-27 Mesyuarat Pemimpin ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), serta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-19.

Turut hadir, kelompok pemimpin daripada lebih 20 buah negara termasuk negara ASEAN, negara rakan dialog ASEAN dan negara pemerhati serta perwakilan dari sekumpulan pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here