BOGOTA, 13 Okt – Venezuela pada Sabtu mengumumkan penghantaran 14 tan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Lubnan yang melarikan diri ke Syria akibat serangan Israel.

Menteri Luar Venezuela Yvan Gil berkata sumbangan itu diberikan oleh rakyat Venezuela dan bantuan akan dihantar secepat mungkin.

Pesawat yang membawa bantuan itu dijangka mendarat di Syria dalam tempoh beberapa jam.

Menteri Luar Gil menegaskan bahawa Presiden Nicolas Maduro berdiri teguh bersama rakyat Palestin, Lubnan, Iran, dan Syria.

Sebelum ini, rakyat Venezuela melancarkan kempen di Yellow House di Plaza Bolivar, Caracas, bagi membantu pelarian Lubnan yang melarikan diri akibat perang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here