SAO PAULO, 13 Okt – Ribut yang melanda Sao Paulo di tenggara Brazil pada petang Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh nyawa.

Dilaporkan seramai tiga maut akibat dinding runtuh di Bauru, manakala empat lagi terbunuh akibat pokok tumbang di Diadema, Cotia dan bandar Sao Paulo.

Angin mencapai kelajuan sehingga 107.5 kilometer sejam (km/j) di Sao Paulo, tertinggi sejak 1995, menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan menjejaskan kira-kira 10 juta orang selama lebih 15 jam.

Bekalan air di Sao Paulo dan bandar-bandar berdekatan termasuk Sao Bernardo do Campo, Cotia, Sao Caetano, Santo Andre dan Diadema turut terganggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here