RAMALLAH, 14 Okt – Menteri Kesihatan Majid Abu Ramadan pada Ahad memaklumkan kempen vaksinasi polio fasa kedua di Semenanjung Gaza yang menyasarkan kanak-kanak di bawah umur sepuluh tahun bermula pada Isnin.

Menteri itu menekankan bahawa kejayaan kempen ini bergantung kepada kesinambungan jeda kemanusiaan bagi membolehkan petugas kesihatan melaksanakan tugas dengan selamat dan memastikan keluarga mendapat akses kepada vaksinasi yang diperlukan untuk anak-anak mereka.

Kempen ini menyasarkan 591,700 kanak-kanak dan menggunakan pasukan bergerak serta tetap bagi memastikan liputan menyeluruh di seluruh Semenanjung Gaza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here