Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri mesyuarat ke-23 Majlis Ketua Kerajaan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang diadakan di Islamabad, Pakistan, pada Rabu.

Li menyatakan SCO merupakan platform penting bagi memelihara kedamaian dan kestabilan serantau serta mendorong pembangunan dan kemakmuran negara-negara terbabit. 

Dalam sidang kemuncak yang diadakan di Astana pada Julai lalu, Presiden Xi Jinping dan pemimpin dari pelbagai negara mencapai konsensus penting mengenai pembinaan kampung halaman bersama SCO yang bersatu, saling percaya, damai, makmur, bersahabat, saksama dan adil. 

Li berkata, pembinaan hampung halaman bersama seumpama itu memerlukan asas politik yang lebih kukuh, jaminan keselamatan yang lebih kuat, hubungan ekonomi yang lebih erat, pertalian persahabatan yang lebih mendalam serta kerjasama pelbagai hala yang lebih terselaras.

Para peserta mesyuarat itu berpendapat bahawa SCO mengangkat “semangat Shanghai”, memperkukuh kesalingpercayaan dan meningkatkan kerjasama jiran baik. Taraf integrasi ekonomi serantau ditingkatkan secara berterusan dan ia sekali gus mendorong kedamaian, kestabilan dan pembangunan di rantau ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here